KEMAHIRAN SERVIS

Servis terbahagi kepada 3 iaitu:

  • Servis tinggi
  • Servis rendah
  • Servis kilas




  • Servis Tinggi

Servis tinggi yang baik adalah apabila bulu tangkis jatuh hampir ke garisan belakang gelanggang pihak lawan.


  1. Berdiri dalam petak servis
  2. Pegang raket dengan teknik pegang depan
  3. Berat badan di kaki belakang
  4. Sebelah tangan memegang bulu tangkis paras pinggang
  5. Ayun tangan ke hadapan sambil lepaskan bulu tangkis
  6. Kontak bulu tangkis di bahagian muka raket
  7. Pindahkan berat badan ke kaki hadapan



  • Servis Rendah


Servis rendah selalu digunakan dalam permainan beregu. Pergerakan bulu tangkis yang rendah dan hampir terkena jarring menyukarkan pihak lawan untuk melakukan serangan.


  1. Berdiri di dalam petak servis
  2. Pegang raket dengan teknik pegang depan
  3. Pegang bulu tangkis separas pinggang
  4. Ayun raket ke belakang sambil siku fleksi
  5. Mata ke arah bulu tangkis
  6. Kunci pergelangan tangan
  7. Bulu tangkis dilepaskan ke bawah sedikit dari paras pinggang
  8. Kontak bulu tangkis pada tengah raket



  • Servis Kilas


Servis kilas digunakan dalm permainan beregu dan juga perseorangan


  1.  Berdiri dalam petak servis
  2. Pegang raket mengikut teknik pegang kilas
  3. Bulu tangkis dipegang separas pinggang dan hampir ke bahagian muka raket
  4. Berat badan berada di kaki hadapan
  5. Lakukan pukulan dengan pergerakan kilasan pergelangan tangan                                                                              


0 komentar:

Post a Comment

Copyright © 2014 PB MCI All Right Reserved